Program Pemakanan Sihat 2013

Program Wellness 2013 - Siri 1

Assalamualaikum w.b.t.
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Kesihatan Pelajar UniSZA sedang mengadakan Program Wellness untuk semua kakitangan. Berikut adalah maklumat mengenai program tersebut.
Program Wellness 2013- Siri 1Tarikh : 1 April 2013 - 30 April 2013Tempat : Pusat Kesihatan Pelajar UniSZA (Kampus Gong Badak dan Kota) dan Imperial HouseSasaran : Pegawai Pengurusan dan Profesional (Bukan Akademik) Program Wellness 2013- Siri 2Tarikh : 1 Mei 2013 - 31 Mei 2013Tempat : Pusat Kesihatan Pelajar UniSZASasaran : Kakitangan Akademik UniSZA Program Wellness 2013- Siri 3Tarikh : 1 Jun 2013 - 30 Jun 2013Tempat : Pusat Kesihatan Pelajar UniSZASasaran : Kakitangan Sokongan UniSZAPeserta yang berminat perlu berpuasa pada jam 11 malam sebelum ujian darah dijalankan. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Kesihatan UniSZA di talian 09-6688735.
Harap Maklum.

Vaksinasi HPV ini akan diberikan kepada semua mahasiswi UniSZA warganegara Malaysia yang telahpun berusia 18 tahun (lahir pada tahun 1993) dan tidak hamil. Anggaran jumlah mahasiswi yang mendapat suntikan pada tahun ini adalah seramai 1300 orang. Setiap mahasiswi akan diberi borang kebenaran sebelum mendapat suntikan vaksin HPV.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi jururawat Pusat Kesihatan Pelajar (PKP) UniSZA ditalian 09-6688735.
Program Pemakanan Sihat 2013: " Transformasi Pemilihan Pemakanan"
Assalamualaikum w.b.t
Adalah dimaklumkan bahawa, Pusat Kesihatan Pelajar UniSZA akan mengadakan Program Pemakanan Sihat 2013 sepertimana berikut :
Masa : 8pagi - 2petang
Tempat : Dewan Auditorium Perpustakaan UniSZA
Program ini terbuka kepada semua warga UniSZA.Kepada yang berminat,sila hubungi Pusat Kesihatan Pelajar UniSZA di talian 09-6688735 atau emailkan kepada
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Sekian,sokongan dan penyertaan anda amat dialu-alukan dan diucapkan ribuan terima kasih.
Klinik Asma di PKP
Assalamualaikum w.b.t
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Kesihatan pelajar UniSZA telah mengadakan Klinik Asma pada setiap hari Selasa minggu pertama setiap bulan. Klinik Asma ini dikhaskan untuk semua pelajar yang mempunyai masalah asma dan bertujuan untuk memberikan khidmat rawatan asma yang lebih baik dan terperinci .
Klinik Diet PKP
Assalamualaikum w.b.t.
Sukacita dimaklumkan Pusat Kesihatan Pelajar UniSZA telah menjalankan Khidmat Klinik Diet untuk pelajar dan juga kakitangan UniSZA. Oleh itu, kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai khidmat ini boleh terus menghubungi kami di talian 09-6688735 untuk mendapat tarikh temujanji.
Dengan usaha anda dan kami dalam melaksanakan khidmat ini akan mendatangkan hasil yang sangat berguna untuk anda kelak.
Harap maklum.






